#Throwback : HudzrulHuda @ Lenggeng


#Throwback : HudzrulHuda @ Lenggeng | 21102016 | Assalamualaikum.. Harini mas nak sambung entry semalam. Majlis resepsi adik sedara mas. Untuk kenduri sebelah pihak kami pulak, kami buat kat kampung aje. Untung sebenarnya tinggal kat kampung ni. Yang pertamanya, tak perlu nak pening2 booking dewan sebab laman rumah kat kampung cukup luas untuk pasang khemah dan buat kenduri. Yang keduanya pulak, kita tak perlu pening2 nak cari katering, sebab confirm orang2 kampung dengan rela hatinya akan tolong masak dan buat persiapan kenduri. Majlis sebelah kami adalah pada 20hb Ogos 2016 hari sabtu, so start hari khamis lagi orang2 kat kampung tu dah start rewang dah. 

Tema majlis kat kampung adalah hitam gold untuk anak2 dan cream untuk mak ayah. Masa dapat tahu si Hudzrul decide suruh pakai warna hitam, Ya Allah tak dapat nak bayangkan langsung. Mana taknye, kita ni dah la kene buat keje tengah panas, almaklumlah kenduri bukan kat dewan, disuruhnya pakai hitam. Disebabkan pengantin taknak tukar warna lain, terpaksa la jugak carik kain hitam gold pujaan hati die tu. 


Satu-satunya gambar family yang ada.
Masa majlis ni tak dapat nak ambil gambar sangat sebab masing2 ade tugas sendiri. Semua orang pun memang sibuk tak terkejar nak ambil gambar pun.




Gambar candid tapi suka sangat mas dengan gambar ni.

Baju yang kitorg pakai ni dapat masa pergi travel ke Bandung bulan Mac haritu. Time tu memang minta pak supir hantar pi kedai kain sulam. Cari punya cari terjumpa satu kain hitam gold, macam cantik la pulak. Korek2 lagi terjumpa lagi dua. Takde fikir panjang dah terus beli je. ðŸ˜„😄







Disebabkan die adik yang sangat sayangkan kak ngah dia ni, so kita buat la jahat sikit kat dia. ðŸ˜‚😂










Untuk outdoor session, kami pilih CITY PARK kat area Seremban 2. Kitorg malas nak kacau pengantin, kitorg pun buat photoshoot kitorg sendiri. Hehe..





Untung jadi kak ngah kesayangan ni, buat la macam mana pun kat adik, takkan die marah punya. Hahaha




End of outdoor session.

0 comments:

Post a Comment


Copyright © .: Belog.CikMas :. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in