#Throwback : HudzrulHuda @ Lenggeng


#Throwback : HudzrulHuda @ Lenggeng | 21102016 | Assalamualaikum.. Harini mas nak sambung entry semalam. Majlis resepsi adik sedara mas. Untuk kenduri sebelah pihak kami pulak, kami buat kat kampung aje. Untung sebenarnya tinggal kat kampung ni. Yang pertamanya, tak perlu nak pening2 booking dewan sebab laman rumah kat kampung cukup luas untuk pasang khemah dan buat kenduri. Yang keduanya pulak, kita tak perlu pening2 nak cari katering, sebab confirm orang2 kampung dengan rela hatinya akan tolong masak dan buat persiapan kenduri. Majlis sebelah kami adalah pada 20hb Ogos 2016 hari sabtu, so start hari khamis lagi orang2 kat kampung tu dah start rewang dah. 

Tema majlis kat kampung adalah hitam gold untuk anak2 dan cream untuk mak ayah. Masa dapat tahu si Hudzrul decide suruh pakai warna hitam, Ya Allah tak dapat nak bayangkan langsung. Mana taknye, kita ni dah la kene buat keje tengah panas, almaklumlah kenduri bukan kat dewan, disuruhnya pakai hitam. Disebabkan pengantin taknak tukar warna lain, terpaksa la jugak carik kain hitam gold pujaan hati die tu. 


Satu-satunya gambar family yang ada.
Masa majlis ni tak dapat nak ambil gambar sangat sebab masing2 ade tugas sendiri. Semua orang pun memang sibuk tak terkejar nak ambil gambar pun.




Gambar candid tapi suka sangat mas dengan gambar ni.

Baju yang kitorg pakai ni dapat masa pergi travel ke Bandung bulan Mac haritu. Time tu memang minta pak supir hantar pi kedai kain sulam. Cari punya cari terjumpa satu kain hitam gold, macam cantik la pulak. Korek2 lagi terjumpa lagi dua. Takde fikir panjang dah terus beli je. ðŸ˜„😄







Disebabkan die adik yang sangat sayangkan kak ngah dia ni, so kita buat la jahat sikit kat dia. ðŸ˜‚😂










Untuk outdoor session, kami pilih CITY PARK kat area Seremban 2. Kitorg malas nak kacau pengantin, kitorg pun buat photoshoot kitorg sendiri. Hehe..





Untung jadi kak ngah kesayangan ni, buat la macam mana pun kat adik, takkan die marah punya. Hahaha




End of outdoor session.

#Throwback : HudzrulHuda @ Kajang


#Throwback : HudzrulHuda @ Kajang | 20102016 | Assalamualaikum.. Harini kita buat throwback sikit eah untuk majlis kahwin adik sedara mas. Imbas kembali memori indah masa majlis. Kalau tanya si hudzrul adik sedara mas tu, memang indah la dia jawab sebab dia yang kawin kan. Tapi bagi mas pulak, indahnya sesuatu majlis tu bila semua family berkumpul. Itulah waktunya nak bercerita, nak bergurau, bergelak ketawa sambil gosip gosip. ðŸ˜¤ðŸ˜¤

Majlis nikah diorang diadakan pada 12hb Ogos 2016 di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang. Disebabkan hari Jumaat, so tak semua lah family yang dapat datang majlis nikah ni. Walau macam mana pun, alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna.








Majlis sanding pulak diadakan pada esok harinya. Yang bestnya, waktu sanding orang kampung Lenggeng sampai satu bas datang nak meramaikan majlis.  Majlis diadakan di dewan Melor Garden Wedding, Sg. Ramal, Kajang. Kalau rajin boleh google pasal dewan Melor Garden Wedding ni. Meh mas share alamat dewan ni.

MELOR GARDEN WEDDING
1676 Jalan Abim, 
Kampung Sungai Ramal Dalam, 
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Daru Ehsan.




Hjh Sikam Bt Manap (nenek kecik yang kat tengah2 tu ðŸ˜‚) 
bersama anak-anak dan cucu cicitnya.



Gambar dengan nenek ni paling menyentuh perasan mas.










------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
bersambung


Next entry 
#Throwback : HudzrulHuda @ Lenggeng

Bermula Semula..


Bermula Semula | 13092016 | Assalamualaikum.. Rasanya dah terlampau lama mas tinggalkan dunia blog ni. So, harini mas decide nak start semula berblog. Dulu on off disebabkan kekangan masa. Tapi sekarang memandangkan ada waktu terluang, so mas nak aktif kan semula Belog.CikMas ni.

Disebabkan kita nak start semula dari awal, terpaksa delete post yang sebelum-sebelum ni. Sebab apa? Sebab post sebelum ni banyak merapu sikit. Next next entry, kita cuba untuk jadi lebih matang. Dan rasanya akan banyak berkisar tentang keluarga dan aktiviti yang mas buat jugak kot. 

Untuk intro, cukup la setakat ni je ye. Tunggu untuk next entry. 


Copyright © .: Belog.CikMas :. | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in